TUMPAT, 8 Julai -- Pengusaha cendol, Md. Abd Hadi Md. Zain, 40, atau lebih dikenali 'Mat Cendol' memasak ramuan tepung beras yang dibancuh dengan air daun pandan untuk membuat cendol di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu di sini, hari ini.Beliau mengusahakan perusahaan membuat makanan tradisi itu sejak 17 tahun lalu dengan modal permulaan sebanyak RM1,000.Setiap hari Mat Cendol menghasilkan kira-kira 30 gantang cendol untuk dibekalkan kepada peraih-peraih dengan harga RM7 untuk satu gantang, malah permintaannya akan meningkat sekali ganda terutama pada bulan Ramadhan.Cendol berasal daripada perkataan Thai iaitu "chor doui" bermaksud tolong, kerana hendak membuat cendol pada waktu itu memerlukan pertolongan daripada beberapa orang kerana ianya amat sukar. Cendol dicampur gula melaka beserta santan yang telah dimasak enak dimakan sejuk ataupun panas.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA