KOTA BAHARU, 7 Julai -- Vokalis kumpulan 'Daily Show' Rosli Ikram Mohamed, 25, (kanan) bersama anggota kumpulannya, Amal Asyraf, 23 (dua, kanan), Mohd Taufik, 25 (tengah), Mohd Hizny, 25 (dua, kiri) dan Mohd Izwary, 25 (kiri) yang akan mengadakan persembahan sempena 'Jakarta Rock Parade' yang akan berlangsung di Indonesia ketika ditemui Bernama di sini, hari ini. Pada persembahan yang akan disertai oleh 100 band dari seluruh dunia itu kumpulan Daily Show juga akan ditemani oleh satu lagi kumpulan dari negeri Kelantan iaitu Cannaris dan kumpulan Love Me Butch dari Kuala Lumpur.Persembahan yang julung kali dianjurkan di Indonesia itu akan berlangsung di Stadium Senayang, Jakarta pada 11 sehingga 13 Julai ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA