BACHOK, 3 Nov -- Zainab Che Long,46, menyuap nasi kepada anaknya Putri Nur Aireen Mazlan, 23, yang bukan sahaja disahkan menghidap kanser tulang awal Januari lalu, malah mengidap kanser darah (Limfoma Hodgkin) sejak Jun lalu di khemah kecil yang menjadi tempat keluarganya berteduh di Kampung Pantai Senok hari ini.Zainab, suaminya dan lapan anak mereka hidup dalam serba kekurangan dalam khemah kecil yang didirikan di atas tanah milik seorang penduduk sejak setahun lalu. -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA