OTTERDAM (Netherlands), 3 Nov -- Nilai eksport buah-buahan Malaysia ke Eropah disasarkan meningkat kepada sekurang-kurangnya RM50 juta pada tahun ini berbanding RM43.41 juta pada 2015 susulan aktiviti promosi produk pertanian Malaysia di benua itu.Kaunselor Pertanian Pejabat Perwakilan Pertanian The Hague (PPP The Hague) Mohd Yusmizam Yahya berkata sasaran itu berdasarkan sambutan baik yang diterima semasa promosi di lima pasar raya utama di empat negara Eropah.Promosi berkenaan berjaya meyakinkan pengguna dan pasar raya mengenai kualiti dan kebolehpasaran hasil pertanian Malaysia di negara berkenaan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA