LONDON, 6 Nov -- Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom Datuk Ahmad Rasidi Hazizi bercakap kepada wartawan Malaysia hari ini mengenai lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di United Kingdom selama lima hari bermula Isnin.Zahid dijadualkan akan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Pengislahan Radikalisme dan Ekstremisme' dalam pertemuan dengan para sarjana dan jemputan khas di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Oxford University, United Kingdom pada Rabu.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA