SERI ISKANDAR, 6 Nov -- Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tun Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan Anugerah Emas Canselor kepada pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Petroleum Mohd Shahrul Azhar Mohd Long pada majlis Konvokesyen UTP ke-16 hari ini.Seramai 1,469 graduan dianugerahkan ijazah masing-masing iaitu 87 Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 138 Ijazah Sarjana dan 1,244 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Teknologi dan ia merupakan jumlah graduan teramai pernah dilahirkan oleh UTP semenjak penubuhannya. -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA