KUALA LUMPUR, 25 Mac -- Pengarah urusan Pepper Labs R. Thanaselan bercakap kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Sentul baru-baru ini.Dapur Digital yang pada awalnya bermula sebagai inisiatif untuk membantu komuniti miskin bandar menjana pendapatan dengan menjual makanan dimasak di rumah dalam talian kini semakin berkembang menjadi hab ekonomi komuniti.Dilancarkan pada 2024, inisiatif Dapur Digital yang dilaksanakan oleh Pepper Labs kini bakal melebarkan sayap ke seluruh negara sambil meluaskan aktivitinya melangkaui perniagaan berasaskan makanan, untuk menjadi pusat ekonomi digital pelbagai guna.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA