KUALA LUMPUR, 28 April -- Seni origami tidak lagi terhad sebagai lipatan kertas semata-mata, sebaliknya mampu menjadi medium memperkenalkan warisan dan sejarah tempatan kepada khalayak lebih luas.Itu yang cuba dibawa Muhammad Ilham Shah, 23, anak kelahiran Terengganu, menerusi penghasilan figura lima bersaudara termasuk Hang Tuah menggunakan teknik origami.Menurut Ilham, idea menghasilkan figura berkenaan datang daripada keinginan untuk memberi sentuhan identiti Malaysia dalam seni yang sering dikaitkan dengan budaya luar.Beliau yang juga usahawan kraf kayu berkata, pendekatan tersebut secara tidak langsung membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali sejarah dalam bentuk yang lebih segar dan dekat dengan jiwa mereka.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA