SEBERANG JAYA, 30 Nov -- Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Noorizah Abd Hamid (kiri) mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya yang melalui Tol Sungai Dua semasa merasmikan Sistem Tol Elektronik hari ini.Sebanyak sembilan buah tol di Lebuhraya Utara Selatan kawasan utara kini beroperasi secara 100 peratus elektronik mulai jam 12 tengah hari tadi melibatkan Plaza Tol Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua.Semua transaksi tol di sembilan plaza tol tersebut dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad Touch 'n Go, PLUSMiles atau SmartTAG.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA