KUALA LUMPUR, 1 Dis -- Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man (tengah) menyaksikan dua wira Paralimpik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (duduk,kanan) dan Abdul Latif Romly (duduk,kiri) menandatangani buku pelaburan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) selepas majlis penyerahan Insentif RM100,000 setiap seorang daripada Kerajaan Negeri Perlis di Bangunan Perbadanan Nasional Berhad hari ini.Kedua-dua anak jati Perlis itu telah mengharumkan nama negara di temasya Sukan Paralimpik 2016, Rio de Janeiro pada September lalu.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Perlis Abdul Jamil Saad (kiri) dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad (kanan).-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA