SHAH ALAM, 15 Dis -- Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (dua, kiri) menerima sijil keanggotaan Food 4 Future daripada Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali (dua, kanan) selepas melancarkan Program Seminar Jaringan Inovasi Food 4 Future dan Standard Pengurusan Inovasi SIRIM hari ini. Program tersebut bertujuan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan bagi meningkatkan produktiviti.Turut hadir Naib Presiden Penyelidikan dan Perindustrian SIRIM, Ir Dr Mohamad Jamil Sulaiman (kanan).-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA