IPOH, 18 Dis -- Kreativiti Zulkifli Mudahan, 46, dan sahabatnya menghasilkan bot mainan yang dikenali sebagai 'Pompong' menarik perhatian pengunjung ketika tinjauan Bernama di Pasar Karat Ipoh hari ini.Pompong ialah nama kapal lama di Indonesia manakala di Malaysia dikenali sebagai tongkang.Mainan ini diperbuatkan daripada zink di Bandung, Indonesia dan dipasarkan di Ipoh dan Terengganu sejak enam bulan lalu.Bot Pompong ini unik kerana ia hanya menggunakan minyak masak untuk menggerakkannya di atas air.Terlebih dahulu air dimasukkan didalam serombong khas. Kemudian sumbu kapas yang dicelup minyak dinyalakan. Setelah air mula panas, mengeluarkan wap air, secara automatik bot tersebut bergerak di atas air.Kelihatan Azra Eryna Abdul Ghoni, 7, menunjukkan koleksi bot 'pompong' yang direkabentuk dalam tiga warna iaitu hitam, kuning dan putih.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA