MELAKA, 2 Jan -- Dua lelaki ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki bersekedudukan di sebuah rumah urut di Melaka Raya, dalam operasi bersepadu awal pagi tadi. Dalam operasi kira-kira lima jam bermula 11.30 malam tadi, JAIM menahan 30 individu termasuk dua wanita berstatus isteri kerana disyaki bersekedudukan di tujuh hotel dan empat rumah urut dalam operasi bersepadu cegah maksiat di sekitar Banda Hilir dan Melaka Raya. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA