SEREMBAN, 25 Julai -- MAUT ... Pengusaha Restoran Lautan Bayu Siow Yong Chun, 47, ditembak mati di hadapan restorannya di Era Square di sini, awal pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 pagi itu, Siow ditembak di belakang dari jarak dekat oleh dua lelaki, masing-masing bersenjatakan pistol.Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang duduk dan berbual bersama dua rakannya di kaki lima restoran itu sebelum muncul dua lelaki bertopi besball di belakang mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan. Turut cedera, seorang pelajar berusia 18 tahun yang terkena tembakan pada kaki kanannya.Mangsa disahkan maut sebaik tiba di Hospital Tuanku Ja'afar. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA