JOHOR BAHRU, 10 Jan -- Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim (dua, kiri) bersama Pengerusi Mutiara Johor Corporation Datin Noor Laila Yahaya (kiri) serta Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus (tiga, kiri) menyaksikan gimik pelancaran Tabung Kemanusiaan Konflik Timur Tengah di Persada Johor, hari ini. JCorp menerusi Mutiara Johor Corporation dengan kerjasama Mercy Malaysia melancarkan tabung ini bagi mengumpulkan sumbangan untuk membantu penduduk yang menjadi mangsa konflik ketenteraan di Syria, Palestin serta Yemen.--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA