NILAI, 7 Julai -- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Liew Vui Keong (tengah) melihat tin-tin susu Dumex yang dibungkus dengan kaedah EaZyPack pada majlis pelancaran kemudahan teknologi pengeluaran dan pembungkusan EaZyPack di sini, hari ini.Mengiringi Pengarah Urusan Danone Dumex (Malaysia) Gerard Geraets (kanan) dan Pengarah Pengeluaran Serantau Pemakanan Bayi Danone, Kumpulan Danone Greg McCullough (kiri). EaZyPack adalah format pembungkusan inovatif yang membolehkan tin susu dibuka dengan satu tangan.Dengan sedikit tekanan seterusnya menghasilkan bunyi `klik', menunjukkan bekas susu berkenaan sudah ditutup dengan kedap bagi mengekalkan kesegaran susu di dalamnya. Ciri baru dan penting yang dibawakan oleh pembungkusan baru itu ialah tempat menyimpan penceduk di bawah penutup. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA