KUALA PERLIS, 13 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yip Soon Onn (kanan) meninjau perkampungan nelayan Seberang Ramai dari jambatan Tuanku Syed Putra dekat sini, hari ini.Turut serta dalam lawatan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Mat Hassan (tengah) dan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Faezan Omar (kiri).Perkampungan nelayan yang sesak dengan beberapa rumah papan dan separuh batu di sini bakal berwajah baru ekoran rancangan kerajaan untuk menyusun semula kawasan itu selain meningkatkan tahap kebersihannnya.Kawasan yang didiami kira-kira 5,000 keluarga itu kini dibayangi dengan pelbagai pencemaran termasuk sampah sarap yang berpunca daripada kegiatan manusia dan faktor alam.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA