IPOH, 4 Julai -- Barisan peguam bela Tan Sri Rafidah Aziz (kiri) bersalaman dengan peguam bela Dr Khairuddin Abdul Malik, selepas kes perbicaraan pilihan raya Parlimen Kuala Kangsar dan kerus Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kubu Gajah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.Mahkamah hari ini, menolak petisyen berasingan bagi membatalkan keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kubu Gajah yang kedua-duanya dimenangi calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum Mac lepas.Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dimenangi Ketua Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz manakala Kubu Gajah dimenangi Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA ]