PULAU PINANG, 25 Julai -- KREATIF ... Tan Siew Eng, 81, sedang membuat terompah kayu ketika tinjauan fotoBERNAMA di kedainya di Jalan Perak di sini, hari ini.Dia bersama anaknya, Wong Ah Cheng, 58, meneruskan perniagaan tradisi keluarga itu sejak 40 tahun lepas, daripada mendiang suaminya.Setiap hari, mereka dapat menyiapkan kira-kira 40 pasang terompah dengan bantuan mesin dan hanya mampu menyiapkan 10 pasang dengan hasil tangan mereka sendiri. Terompah yang telah siap dibuat akan dijual kepada pelanggan pada harga antara RM7 hingga RM18 sepasang.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA