KOTA KINABALU, 30 Jan -- Sebahagian keluarga pelancong dari China tidak dapat menahan kesedihan ekoran kejadian bot karam jenis Catamaran ketika berkumpul di Hospital Queen Elizabeth awal pagi tadi.Bot itu yang membawa 31 orang termasuk tiga kru dan 28 pelancong warga China dipercayai karam akibat cuaca buruk dan laut bergelora. Sehingga kini tiga mangsa ditemui mati.Nahas berlaku kira-kira sejam selepas bot itu bertolak dari Jeti Tanjung Aru 9 pagi semalam menuju ke Pulau Mengalum.--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA