KUANTAN, 2 Feb -- Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) berkenan bergotong royong menyediakan bahan masakan sebelum memasaknya sendiri untuk dihidangkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Serbaguna Kampung Semangat, hari ini.Seramai 141 mangsa melibatkan 38 keluarga kampung itu terpaksa berpindah kerana kediaman mereka dilanda banjir berikutan limpahan air Sungai Pahang sejak semalam.--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA