TAWAU, 29 Julai -- "Batu" adalah panggilan biasa untuk buruh-buruh kasar yang memunggah hasil-hasil pertanian seperti pisang, kelapa sawit, koko, sayur-sayuran dan kelapa dari Pulau Sebatik yang diangkut menggunakan jongkong dan bot panjang di Jeti Jalan Pesisiran Pantai Sabdindo di sini hari ini.Batu ini biasanya terdiri daripada penduduk miskin tempatan dan asing.Jongkong-jongkong ini akan berulang alik ke Pulau Sebatik untuk membawa pelbagai barangan untuk dijual kepada penduduk di pulau itu.Ramai yang terlibat dalam aktiviti bot dan jongkong mengatakan pada masa ini perkhidmatan itu tidak lagi menguntungkan akibat kenaikan harga diesel dan petrol baru-baru ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA