TAWAU, 18 Julai -- Para pekerja memunggah pelbagai hasil pertanian seperti pisang, kelapa sawit, koko, sayur-sayuran dan kelapa yang diperolehi daripada penduduk Pulau Sebatik daripada jongkong atau bot panjang di jeti pendaratan khas bagi penduduk pulau itu yang terkenal dengan panggilan 'batu' di sini, baru-baru ini. Biasanya jongkong-jongkong berkenaan akan mula bertolak balik ke Pulau Sebatik dengan membawa pelbagai barangan untuk kegunaan penduduk pulau itu kira-kira pukul 1 tengah hari. Pasa masa ini jongkong merupakan alat pengangkutan utama bagi penduduk dan petani dari pulau itu untuk menjual atau memasarkan hasil pertanian mereka di Tawau.Perkhidmatan jongkong itu masih menguntungkan meskipun sedikit terjejas berikutan kenaikan harga diesel dan petrol baru-baru ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA