KLANG, 16 Julai -- Pegawai kanan Jabatan Imigresen (kanan) diiringi anggota polis berpakaian preman keluar daripada Mahkamah Seksyen Klang di sini, setelah mahkamah melanjutkan tahanan reman ke atasnya sehingga Jumaat ini.Lelaki berumur 54 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung kes rasuah membabitkan urusan pengeluaran visa pekerja asing.Selain pegawai kanan terbabit, seorang lelaki berusia 59 tahun turut dilanjutkan tahanan reman sehingga Jumaat ini atas sebab yang sama.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA