KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Presiden Miri Companies Group dari Iran S. M. Miri (kiri) bertanya sesuatu kepada Pengurus Besar LLC Trading, Reza Shadman dari Dubai ketika melawat pameran produk hasil keluaran tempatan selepas Mesyuarat Pemimpin Perniagaan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri D8 mengenai Jaminan Makanan di sini, hari ini.Mesyuarat selama tiga hari itu dihadiri oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab berkenaan pertanian, perikanan dan makanan yang terdiri daripada negara Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi dan Nigeria.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA