KUCHING, 26 Julai -- TERPANJANG ... Pembuat kek lapis membuat persiapan terakhir pada "Kek Lapis Terpanjang" mereka yang mempunyai kepanjangan 14 meter sebelum direkodkan dalam buku The Malaysia Book of Records.Penghasilan kek lapis itu adalah bersempena denganHari Gerak Usahawan 2008 di Tebingan Sungai Kuching di sini hari ini.Kek Lapis Terpanjang tersebut telah menelan masa lapan hari untuk dibuat dan dianggarkan menelan belanja RM16,000.Ia dihasilkan hasil kerjasama lima pengusaha kek lapis terkemuka di Sarawak iaitu Mariam Cakes, Resipi Warisan, Rabiah Amit Enterprise, Ambrosia de Cake dan S.A. Enterprise.Sebanyak 5,200 biji telur ayam, 170 kilogram tepung gandum, 100 kilogram mentega, 336 tin susu manis, 21 kilogram jem buah dan 170 kilogram gula telah digunakan untuk membuat kek lapis terpanjang itu.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA