KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Delegasi daripada Nigeria (dari kiri) Nwokoro P. U, J. Adamu, Eka, Segun Lean Larry dan Aderohunmu memperkatakan sesuatu mengenai produk makanan segera tempatan pada pameran produk makanan keluaran tempatan selepas Mesyuarat Pemimpin Perniagaan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri D8 mengenai Jaminan Makanan di sini, hari ini.Mesyuarat selama tiga hari itu dihadiri oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab berkenaan pertanian, perikanan dan makanan yang terdiri daripada negara Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi dan Nigeria.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA