KUALA LUMPUR, 9 April -- Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli bercakap kepada pemberita selepas mengetuai serbuan 'Ops Gegar' di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, di sini awal pagi tadi.Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 69 warga asing, dengan sebahagian besarnya dikesan bekerja sebagai gadis pelayan (GRO) dalam serbuan itu.Sebanyak 198 individu telah diperiksa dan kesemua warga asing yang ditahan itu kebanyakannya terdiri daripada warga Thailand, Vietnam dan China.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA