SUNGAI PETANI, 11 April -- Sudah hampir sembilan bulan selepas kompleks arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang dekat Merbok diisytihar sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau Asia Tenggara yang berusia lebih 2,000 tahun.Sejak penemuan tapak arkeologi itu lebih 10 tahun lalu, pelbagai pihak beranggapan bahawa khazanah negara itu mempunyai potensi pelancongan yang cukup besar, malangnya sehingga ke hari ini kawasan itu 'sepi' tanpa sebarang pembangunan pelancongan dan kunjungan orang ramai seperti yang dijangkakan.--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA