ALOR SETAR, 24 Feb -- Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah Tan Keng Liang (tengah) ketika sidang akhbar di sini, hari ini berkata calon daripada MIC harus dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau sebagai menghormati persefahaman pembahagian kerusi pilihan raya sesama komponen parti Barisan Nasional (BN).Turut serta, Naib Ketua Pemuda parti itu, Wei Ren Chong (kanan) dan Chuah See Seng.Menurut Tan, kerusi Bukit Selambau telah ditandingi MIC pada pilihan raya umum sebelum ini dan adalah tidak wajar kerusi itu diberikan kepada parti komponen lain pula semasa pilihan raya kecil nanti.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA