KUALA LUMPUR, 15 April -- Graduan Pengasih Hilman Razali mengucup dahi isterinya selepas majlis graduasi Pengasih 2017 kali kelima yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Datuk Nur Jazlan Mohamed di Maju Tower hari ini.Seramai 68 orang berjaya bergradusi pada majlis itu yang memberi penghargaan kepada bekas pengguna dadah yang berjaya bebas dari belenggu dadah selain menjadi contoh tauladan kepada orang ramai bahawa golongan itu dapat dipulihkan.--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA