LANGKAWI, 17 Feb -- Pengerusi Syarikat Perumahan Negara (SPNB) Senator Datuk Azian Osman (tiga, kiri) menunjukkan model Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuah, Datuk Nawawi Ahmad ((tiga, kanan) selepas majlis penyerahan kunci RMR kepada sembilan penduduk di Kompleks Lada di sini, hari ini.SPNB akan membina 450 unit RMR bernilai RM30 juta di 15 kawasan Parlimen di Kedah tahun ini di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan baru-baru ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA