KUALA LUMPUR, 23 Feb -- Jamilah Mohammed, 46, seorang wakil insuran terlantar di wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya sementara menunggu rawatan doktor akibat mukanya disimbah sejenis cecair yang dipercayai mengandungi serbuk cili dan bahan kimia di hadapan sebuah sekolah rendah di Subang Jaya hari ini.Kelihatan suami beliau, Shshreeq Abdullah (kanan).Kejadian itu berlaku ketika Jamilah menghantar anaknya di sekolah rendah tersebut kira-kira pukul 7.20 pagi, apabila seorang lelaki datang ke arahnya dan terus menyimbah cecair itu.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA