KUANTAN, 10 Feb -- Seorang nelayan, Razlan Rasib, 26, (kiri) menunjukkan kesan melecur pada badannya sambil tekong bot pukat kilat yang dinaiki Razlan, Kamaruddin Ismail, 46, menunjukkan laporan polis yang telah dibuat apabila bot yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira 10 malam tadi, bot yang dinaiki 22 nelayan seberat 68 tan itu sedang menangkap ikan di perairan Nenasi, Pekan, sebelum ia dilanggar oleh sebuah kapal TLDM yang muncul secara tiba-tiba dalam gelap.Kejadian itu turut mengakibatkan pemilik bot berkenaan kerugian kira-kira RM2 juta.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA