SINGAPURA, 27 Feb -- Para jemaah menunaikan sembahyang di Masjid An-Nur, Woodlands yang telah usang dan perlu dibaik pulih semula. Masjid ini juga sudah tidak mencukupi lagi untuk menampung para jemaah sehingga terdapat jemaah menunaikan sembahyang di luar masjid.Masjid yang dibina pada tahun 1980 ini seperti masjid lain di Singapura menghadapi situasi yang sama iaitu terpaksa berdikari dalam mencari dana untuk memperbaiki atau menaik taraf kemudahan masjid masing-masing.Masjid-masjid di Singapura yang kini berjumlah 69 buah kesemuanya terpaksa bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk bukan sahaja menyelenggarakan masjid malah menjalankan aktiviti keagamaan seharian.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA