KOTA BHARU, 27 Mac -- Seorang pemandu peneroka gua memberi penerangan kepada pengamal media mengenai bentuk permukaan Gua Gelap ketika kunjungan ke gua itu di sini, baru-baru ini.Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun juga memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya.Seperti namanya, keadaan di dalam Gua Gelap amatlah gelap, namun galur-galur cahaya yang menyuluh masuk dari celahan dinding yang terbuka seakan menyerlahkan isi gua itu untuk ditatap.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA