JOHOR BAHARU, 13 Mac -- Chuah Cheong Ting, 37, dari Taman Perling, Johor Baharu dikehendaki polis kerana dipercayai anggota kumpulan 'Ang Kim Lan' yang disyaki terbabit dalam serangan dan menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 68 tahun di Bandar Seri Alam Ahad lepas.Selepas serangan yang turut mencederakan seorang lagi lelaki itu, kumpulan terbabit juga disyaki bertanggungjawab membakar sebuah kereta Proton Perdana V6 dan sebuah Perodua Kelisa di Taman Rinting di Masai.Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi polis di talian 07-2212999 atau www.polisjohor.gov.my atau menghantar surat kepada Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA