KOTA BHARU, 27 Mac -- Pengunjung boleh mencuba permainan congkak ketika mengunjungi Homestay Kampung Seterpa, Jalan Penggawa Mat Saat yang terletak hanya 16km dari bandar Kota Bahru.Selain permainan congkak, homestay tersebut turut menyediakan pelbagai aktiviti termasuk lawatan industri kampung dan kraftangan, mengutip siput gondang, meninjau penternakan ikan air tawar, menoreh getah, melukis batik, demonstasi beruk memanjat dan memetik buah kelapa selain persembahan kebudayaan seperti galah panjang, dikir barat dan kertok.Di samping itu, pengunjung dapat menikmati keenakan masakan kampung yang disajikan tuan rumah malahan mempelajari cara hidup desa dan adat resam mereka.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA