KUALA LUMPUR, 17 Mac -- Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman ketika sidang akhbar selepas pengumuman pengagihan pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) di Menara PNB di sini, hari ini.Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak RM6.25 sen seunit untuk ASM bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac ini, hari ini.Kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM407.58 juta dan ia membabitkan pembayaran kepada 402,513 pemegang unit yang melanggan sejumlah 7.21 bilion unit ASM.Pengagihan pendapatan ASM ini akan dilaksanakan menerusi pelaburan semula yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam akuan pemegang unit pada 1 April ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA