KUALA LUMPUR, 10 Mac -- CEMERLANG ... Pelajar cemerlang kategori pelajar calon Istimewa (ketegori spastik) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Hashim Mohamad membacakan keputusan peperiksan kepada bapanya Mohamad Yusof, 63, selepas mendapat keputusan itu pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM dan Anugerah pelajar cemerlang STPM di Majlis Peperiksaan Malaysia di sini, hari ini.Hashim pelajar dari SMK Kuala Krai, Kelantan memperolehi 5A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Kesusateraan Melayu, Sejarah dan Geografi turut diumumkan sebagai seorang daripada empat pelajar cemerlang kategori calon istimewa.Beliau turut menerima ganjaran khas berupa wang tunai RM1000 daripada Majlis Peperiksaan Malaysia dan sebuah plak sebagai menghargai usahanya untuk mencapai keputusan yang cemerlang walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA