KUALA LUMPUR, 14 Mac -- Naib Presiden Eksekutif Pengguna Telekom Malaysia Berhad (TM) Jeremy Kung (tiga, kiri) bersama-sama maskot TM 'BlueHyppo' memotong kek sempena sambutan ulang tahun yang ke-8 maskot itu di Zoo Negara di sini, hari ini.Turut hadir Naib Presiden Kumpulan Pembangunan Perniagaan TM Fazlur Rahman (kiri) dan Pengarah Zoo Negara dan Persatuan Zoological Malaysia Dr. Mohamad Ngah (dua, kiri).Turut diadakan pelancaran Portal Bluehyppo Kidz dan Kelab BlueHyppo Kidz.Portal yang telah melalui proses rombakan itu kini menawarkan pelbagai isi kandungan berbentuk 'edutainment' dalam talian yang menarik antaranya Kids TV, Study Room, Mags & Comics dan News 4 U khusus untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.Sementara Kelab BlueHyppo pula, yang mengenakan yuran keahlian tahunan sebanyak RM120 bagi pelanggan-pelanggan Streamyx, membolehkan ahli kelab ini mengakses tanpa had keseronokkan dan aktiviti-aktiviti di Portal BlueHyppo Kidz.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA