KUALA LUMPUR, 10 Mac -- Pengerusi Majlis Peperiksaan Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (kiri) memerhatikan Te Yu Tatt, pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi kategori pelajar calon Istimewa (ketegori rabun) meneliti keputusan yang diperolehinya selepas mendapat keputusan itu pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM dan Anugerah pelajar cemerlang STPM di Majlis Peperiksaan Malaysia di sini, hari ini.Te Yu Tatt dari SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur memperolehi semua A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan turut diumumkan sebagai seorang daripada empat pelajar cemerlang kategori calon istimewa.Beliau turut menerima ganjaran khas berupa wang tunai RM1000 daripada Majlis Peperiksaan Malaysia dan sebuah plak sebagai menghargai usahanya untuk mencapai keputusan yang cemerlang walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA