KUALA LUMPUR, 10 Mac -- Pengerusi Majlis Peperiksaan Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak menyampaikan replika cek bernilai RM1000 kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi kategori pelajar calon Istimewa (ketegori spastik) Hashim Mohamad ketika majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM dan Anugerah pelajar cemerlang STPM di Majlis Peperiksaan Malaysia di sini, hari ini.Turut hadir bapanya Mohamad Yusof (tengah).Hashim pelajar dari SMK Kuala Krai, Kelantan memperolehi 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil diumumkan sebagai seorang daripada empat pelajar cemerlang kategori calon istimewa dan diberikan ganjaran khas itu sebagai menghargai usaha mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA