BUKIT MERTAJAM, 6 Okt -- Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang Zulkifly Ismail ketika ditemu bual pemberita selepas membuat pemeriksaan penguatkuasaan Peranti Had Kelajuan (SLD) di Plaza Tol Juru malam tadi.Sebanyak 165 kenderaan perdagangan termasuk bas persiaran dan ekspres diperiksa sejak 1 Okt lalu dalam penguatkuasaan Peranti Had Kelajuan (SLD) secara berperingkat.Daripada jumlah itu, 91 kenderaan dikenakan tindakan dan diberikan Notis 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala 31 kenderaan mempunyai slip SLD semasa diperiksa. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA