PULAU PINANG, 11 Mac -- Kelihatan seorang pelancong membaling biji bola tanah liat ke dalam Sungai Mas yang berhampiran pantai Batu Feringgi semasa satu majlis yang dianjurkan oleh Hotel Golden Sands Resort, di sini, hari ini.Bola tanah liat yang dipegangnya itu dihasilkan dengan campuran air beras, bahan-bahan buangan kulit buah dan sayuran, dan tanah liat.Bebola ini akan membentukkan micro-organism bokashi yang memberi kesan pembersihan pada sungai-sungai yang tercemar dengan kotoran dan bau.Sebanyak 1,407 biji bola tanah liat dihasilkan dalam satu pertandingan yang diadakan di hotel berkenaan pada hari Jumaat.Majlis itu dianjurkan oleh kakitangan-kakitangan hotel berkenaan sebagai satu aktiviti mencintai alam sekitar.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA