ARAU, 13 Mac -- DILANTIK SEMULA ... Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Datuk Seri DiRaja Syed Razlan Putra Jamalullail mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada Majlis Mengangkat Sumpah di Istana Arau dekat sini, hari ini.Seramai lapan orang mengangkat sumpah termasuk seorang muka baru iaitu ADUN Chuping, Mansor Jusoh.Sebelum ini Perlis hanya mempunyai tujuh orang Exco yang mana kesemuanya dilantik semula pada majlis angkat sumpah itu hari ini.-- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA