SANDAKAN, 8 Mac --"RANTAKA" sejenis meriam turun temurun suku kaum Tidung di sini yang berusia 200 tahun sering digunakan sebagai alat tempat melafazkan nazar dan semasa upacara perkahwinan.Meriam ini akan di letupkan sebagai tanda nazar yang dibuat telah termakbul sementara bagi upacara perkahwinan pihak pengantin lelaki akan di bawa mengelilingi Rantaka sebanyak tiga kali sebelum majlis persandingan dimulakan. Kelihatan Ketua Adat Ramsah Haji Tahir dan Haji Marusin memegang Rentaka yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk memelihara alat tradisi yang menjadi warisan dan kebanggaan suku kaum mereka itu.Namun menurut mereka tradisi dan budaya yang dipelihara itu kini semakin dilupakan dan kurang mendapat perhatian di kalangan generasi muda.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA