KUANTAN, 11 Mac -- Ketua Bahagian Risik Operasi, Polis Marin, Pasukan Gerakan Marin Timur DSP Mohd Hassan Hashim menunjukkan sebahagian daripada 461 karton rokok bernilai kira-kira RM10,000 yang dirampas dalam serbuan di dua permis berasingan di Kampung Cherating Baru selepas sidang media mengenai kejayaan rampasan itu di sini, hari ini. Dalam serbuan semalam, pihaknya turut menahan dua suspek, seorang lelaki berusia 39 tahun dan wanita berusia 51 tahun untuk siasatan lanjut.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA