TAWAU, 25 Mac -- Angkasawan Negara Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor (kiri) sedang mendengar pertanyaan adik Nezwan Hezmy yang berumur 8 tahun dari Sekolah Kebangsaan Balung mengenai suasana di angkasa lepas semasa sesi soal-jawap selepas ceramah di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Jalan Apas, dekat sini, hari ini.Dr Muszaphar yang pertama kali ke maktab tersebut menyampaikan ceramah dan motivasi mengenai pengalaman beliau semasa di angkasa lepas dan memberi dorongan kepada murid-murid sekolah agar lebih berkeyakinan untuk maju ke hadapan dalam bidang-bidang yang mereka ceburi.Lebih seribu orang termasuk guru-guru dan ibu bapa pelajar yang hadir untuk mendekati dan melihat sendiri wira negara.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA