SEMPORNA, 21 Mac -- Sekumpulan kanak-kanak dari Kampung Babiah di sini menunjukkan rumpai laut merah yang telah siap diikat untuk diternak di kawasan perairan terumbu karang 'Church Reef', setengah jam perjalanan menggunakan bot laju dari tanah besar.Mereka yang bekerja sambilan dengan pengusaha penternakan rumpai laut melakukan pekerjaan itu pada cuti hujung minggu atau persekolahan bagi membantu menambah pendapatan ibu-bapa mereka yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan tinggal di pulau-pulau kecil jauh dari tanah besar.Namun kebanyakan kanak-kanak yang bekerja di situ tidak bersekolah kerana tinggal di pulau-pulau kecil dan kos perjalanan ke sekolah yang tinggi.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA